Budak 12 Tahun Hamil Kerana Dirogol Kekasih Ibunya

Suspek (tengah) ketika ditahan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang diketuai ASP Irwan Hafiz di sebuah rumah pekerja di Teku tengah malam tadi.

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol anak teman wanitanya sehingga menyebabkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu hamil.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata tangkapan itu dibuat di sebuah rumah pekerja di Teku tengah malam tadi susulan pihaknya menerima laporan berhubung kes pada pukul 9.45 malam pada Selasa.

“Kejadian disedari oleh pengadu (ibu saudara) pada 7 petang Selasa apabila menyedari mangsa tidak datang haid selama dua bulan.

“Mangsa dibawa ke sebuah klinik di Jalan Teku sebelum dirujuk ke Hospital Sibu dan pegawai perubatan mengesahkan anggaran kandungan mangsa sudah adalah dua bulan berdasarkan tarikh akhir mangsa datang haid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya lagi, kanak-kanak tersebut dijadualkan menjalani pemeriksaan lanjut di pakar sakit puan hari ini.

Menurut Stanley, siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bersekolah juga merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Stanley berkata, pengadu, 42, memberitahu sebelum mangsa menginap di rumahnya, mangsa tinggal bersama ibu kandung, kakaknya dan teman lelaki ibunya yang tinggal bersedudukan di sebuah rumah pekerja di sini.

Ibu saudaranya bimbang perkara tidak diingini berlaku apabila mangsa didapati tiada selera makan dan dalam keadaan lemah.

“Disebabkan menyedari mangsa tidak datang haid selama dua bulan, dia bersama ibu kandung mangsa membawa kanak-kanak tersebut ke klinik untuk pemeriksaan.

“Mangsa telah mendedahkan dirinya dirogol oleh teman lelaki ibunya lebih kurang lima kali di rumah pekerja sejak Mei hingga Julai lepas,” katanya. 

Stanley menambah kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *