Wong Foo Tin Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Yang Baharu

Wong Foo Tin, kiri, menerima watikah perlantikan dari Datuk Jaujan Sambakong pada Rabu petang.

KOTA KINABALU: Wong Foo Tin dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berkuatkuasa serta merta bagi mengantikan Datuk Peter Hii yang tamat perkhidmatan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, Wong kini adalah merupakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Dia dilantik berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah dibeberapa Pihak Berkuasa Tempatan seperti Nabawan, Tambunan, Tuaran, Kunak, Beaufort dan Papar dari 2014 sehingga pengalaman beliau kini.

“Saya percaya dengan pengalaman beliau itu mampu membantu memajukan MPS seperti mana yang dimahukan kita,” Jaujan membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Beliau berkata, perlantikan berkenaan sudah dibincangkan dengan kepimpinan negeri khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan ianya dilakukan berdasarkan Ordinan atau peraturan sedia ada.

Sementara itu, Wong berterima kasih kepada Kerajaan Sabah kerana memberikan peluang kepada beliau menjawat jawatan penting itu.

“Peranan sebagai Presiden MPS sudah pasti penting dan segala perancangan yang ada akan dilaksanakan.

“Sandakan berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan memandangan penerbangan terus antarabangsa AirAsia akan bermula pada awal tahun hadapan,” katanya.

Menurutnya, industri hiliran dalam sawit juga boleh diperkasakan memandangkan minyak masak mempunyai pasaran yang besar di negara-negara jiran.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *