Dadah: 59 Ditahan Dalam Ops Sarang Di Sekitar Kota Kinabalu

Sebahagian dari suspek yang ditahan dalam Ops Sarang.

KOTA KINABALU: Operasi pembanterasan dadah dalam tempoh seminggu bermula 13 hingga 18 Oktober berjaya menahan 59 individu dalam 19 siri serbuan keseluruhan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dijalankan di beberapa kawasan termasuk Kampung Cenderamata, Kandang Ayam serta Lokub.

“Kita berjaya menahan seorang pengedar, 15 memiliki dadah dan 43 lagi terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas ujian urin menunjukkan keputusan positif.

“Kesemua suspek berumur 16 hingga 59 tahun termasuk 16 warga asing ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A1, 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 6.51 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM325.50 dirampas sepanjang operasi.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *