Penyeludup Campak Rokok Ke Laut Elak Dicekup Polis Marin

Mohd Nazari (kanan) menunjukkan rokok yang ditemukan di dalam kotak yang dibuang suspek. – Foto Ihsan PPM Tawau

TAWAU, 12 Okt: Bagi mengelakkan daripada dicekup anggota Pasukan Polis Marin (PPM) sekumpulan penyueludup mencampakkan rokok ke dalam laut sebelum memecut bot mereka memasuki perairan negara jiran.

 Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam satu kenyataan hari ini  berkata pemeriksaan ke atas longgokan barang yang dibuang didapati mengandungi rokok kretek jenama Menara International (760 karton) dan Ares (65 karton) bernilai RM82,500 (nilai termasuk cukai).

Anggota polis marin mengambil kotak dipercayai berisi rokok pelbagai jenama yang dibuang ke laut. – Foto Ihsan PPM Tawau

Beliau berkata pasukan operasi Ops Gelora Khas yang membuat pemerhatian selama dua jam mengesan bot suspek pada 4 pagi semalam di perairan laut Icebox.

” Anggota pasukan  cuba menghampiri bot suspek, namun suspek yang menyedari kehadiran pasukan keselamatan bertindak memecut laju bot mereka dalam usaha melarikan diri.

Anggota polis marin mengambil kotak dipercayai berisi rokok pelbagai jenama yang dibuang ke laut. – Foto Ihsan PPM Tawau

“Ketika dikejar oleh anggota PPM, suspek membuang longgokan barangan ke laut  sebelum memasuki perairan Indonesia,” katanya.

Mohamad Pajeri berkata kesemua barangan rampasan di bawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *