Rumah Kongsi 20 Pintu & Empat Rumah Musnah Terbakar Di Kampung Teck Guan

Antara rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

LAHAD DATU: Dua blok rumah kongsi 20 pintu antara yang musnah terbakar di Kampung Teck Guan, di sini, semalam.

Turut musnah empat buah rumah kayu dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.15 malam.

Anggota bomba sedang berusaha memadamkan api.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Abu Bakar Teraji berkata, empat buah jentera FRT dan dua utiliti berserta 31 orang anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 3 kilometer dari balai bomba setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 malam.

“Setibanya di lokasi, pasukan yang turut dibantu bomba dari Kunak dan Bomba Sukarela Silam berusaha memadam kebakaran sehingga kawasan persekitaran selamat dari kemerbahayaan jam 10.35 malam,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di lokasi.

Abu Bakar berkata, operasi yang dijalankan menghadapi kesukaran kerana tiada pili bomba di situ dan terpaksa menggunakan sumber air yang terhad dari jentera,” katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dikenalpasti dan mengesahkan insiden tersebut tidak mengorbankan nyawa serta kecederaan.

Antara rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
Keadaan Kampung Teck Guan selepas kebakaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *