Belanjawan 2020: Bantuan Khas RM500 Bagi Kakitangan Awam


KUALA LUMPUR: Kerajaan  mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk kakitangan awam bagi Gred 56 dan ke bawah.

Berita baik itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka. 

“Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah,” kata Guan Eng.

Bagi pesara kerajaan, Guan Eng berkata, bantuan khas kewangan sebanyak RM250 turut akan diberikan. 

“Ia turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir 2019,” katanya.

Empat teras menunjangi Belanjawan 2020 adalah memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital, pelaburan ke atas rakyat meningkatkan keupayaan modal insan, mewujudkan masyarakat bersatu, bersatu, inklusif, saksama dan memulikan institusi dan kewangan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *