Naik Taraf Semua Jambatan Kayu Kepada Konkrit Dan Jalan Pertanian Siap Menjelang 2021

TENOM:  Kerajaan Negeri menyasarkan jambatan-jambatan kayu di seluruh negeri siap diganti dengan jambatan konkrit dan akses jalan-jalan kampung termasuk jalan pertanian sekurang-kurangnya siap 50 peratus menjelang tahun 2021.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, ini adalah hasrat kerajaan melalui kementerian untuk menaiktaraf jambatan-jambatan kayu sedia ada yang sering mengalami kerosakan dan menjadi isu dan masalah yang berpanjangan.

Katanya, pihak kementerian beliau sering menerima aduan begitu banyak jambatan-jambatan kayu sedia ada di seluruh Sabah dan tidak terkecuali kawasan Pedalaman berkaitan jabatan rosak dan uzur.

“Begitu juga dengan jalan-jalan kampung dan pertanian yang sering mengalami kerosakan menyebabkan para penduduk kampung terutama golongan petani sukar mengeluarkan hasil pertanian mereka” katanya semasa berucap sempena majlis penyerahan bantuan musim tengkujuh dan penyerahan geran tanah kepada peneroka Skim Penempatan Getah Kuala Tomani dan Lagud Sebrang di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini kelmarin.

Peter yang juga ADUN Melalap berkata, dengan penggantian jambatan-jambatan kayu dengan jambatan konkrit dapat mengatasi masalah penduduk bagi jangka panjang.

Menurut beliau, kerajaan akan mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung yang berkaitan dengan peningkatan ekonomi

Pada majlis itu Peter menyampaikan geran tanah N.T kepada 25 peneroka Skim Penempatan LIGS Kuala Tomani dan Lagud Sebrang.

Lebih kurang 2,000 pekebun kecil getah hadir dan sekali gus menerima Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM600.00 seorang bagi bulan November, Disember 2018 dan Januari 2019.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *