Pelajar Politeknik Lemas Di Sungai Kampung Mandalipau

Gambar Hiasan

PAPAR: Kegembiraan sekumpulan pelajar Politeknik ketika berkelah di sebuah pusat rekreasi Kampung Mandalipau, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dipercayai lemas ketika mandi di kawasan sungai berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu, mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an bersama 15 pelajar Politeknik Kota Kinabalu berkelah di kawasan lokasi kejadian.

Mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai dan ketika itu beberapa rakannya melihat mangsa tidak timbul ke permukaan air lalu meminta pertolongan.

Pekerja di kawasan pusat rekreasi kemudian bergegas menyelamatkan mangsa dan menemuinya di dasar sungai tersangkut pada batu dalam keadaan tidak bernyawa.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Papar oleh rakannya dan disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan di hospital berkenaan.

“Mangsa disahkan mati akibat drowning (mati lemas) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan apa-apa sahaja aktiviti luar,” katanya. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *