Kantoi Sembuyi Dadah Bawah Tilam, Polis Tahan Dua Lelaki Tanpa Dokumen

Kantoi Sembuyi Dadah Bawah Tilam

KUNAK: Cubaan dua lelaki menyembunyikan dadah jenis syabu bernilai RM4,785 di bawah tilam hanya sia-sia apabila perbuatan mereka berjaya dihidu pihak polis dalam serbuan di sebuah rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit, Tingkayu, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Baharin Md Tahir berkata ketika serbuan dijalankan kira-kira pukul 4 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 28 dan 30 tahun sedang tidur di ruang tamu dan di dalam bilik.

Kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

“Kita kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar rumah terbabit dan menjumpai satu beg silang berwarna hitam di bawah tilam salah seorang suspek.

“Pemeriksaan lanjut di dalam beg berkenaan, terdapat satu bekas kaca mata mengandungi satu peket plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 31.90 gram (g) dianggarkan bernilai RM4,785,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis menjumpai satu beg silang di bawah tilam salah seorang suspek mengandungi dadah jenis syabu seberat 31.90 gram bernilai RM4,785. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

Beliau berkata kedua-dua suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kedua-dua suspek kini ditahan dan barangan dirampas.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *