Skuad Tambadau Terima Anugerah Dari TYT

Imbas kembali saat Skuad Tambadau Sabah menjulang Piala Juara Liga Premier selepas perlawanan terakhir liga di Stadium Likas pada bulan Julai.

KOTA KINABALU: Pemain Tambadau Sabah yang berjaya menjulang Liga Premier 2019 selepas 23 tahun sekaligus layak bermain di Liga Super musim hadapan menerima anugerah sempena Harijadi Rasmi ke-66 TYT.

Kesemua pemain kecuali pemain import Sabah dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu (BSK) manakala jurulatih Jelius Ating pula dianugerahkan pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Imbas kembali saat Skuad Tambadau Sabah menjulang Piala Juara Liga Premier selepas perlawanan terakhir liga di Stadium Likas pada bulan Julai.

Pasukan Sabah menjalani penjenamaan semula pada tahun ini selepas Datuk Peter Anthony mengambil alih tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *