
KUNAK; 2 OKTOBER 2019 (2019) – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kunak menahan seorang buruh dan merampas 5.2 gram dadah jenis syabu bernilai 780 ringgit di kawasan Kebun Kelapa Sawit di Kampung Lormalong, Kunak, pagi tadi.
Ketua Polis daerahnya, Supritendan Baharin Md Tahir dalam kenyataanya berkata, lelaki Warga asing berumur 37 tahun berkenaan ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, dadah terbabit ditemui di dalam sebuah beg silang berwarna hitam coklat milik suspek.
Katanya, suspek yang Positif dadah jenis Methapethamine itu ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BESTAWAUfm