Pelajar Perempuan Pendidikan Khas Jatuh Bangunan

Mohd Haris Ibrahim

PENAMPANG: Seorang pelajar Tingkatan Empat kelas pendidikan khas cedera selepas dipercayai terjatuh dari bangunan asrama di sebuah sekolah menengah di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata mangsa perempuan berusia 16 tahun ditemui terjatuh dari tingkat satu bangunan asrama sekolah berkenaan pada pukul 8.40 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai murung dan tekanan disebabkan merasa tersisih daripada rakan-rakan lain di asrama berkenaan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dirawat di Zon Pemerhatian Separa Kritikal Hospital Queen Elizaberth I (HQE I), Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. – SabahNewsToday