Dua Lelaki Diberkas, Polis Selesai 7 Kes Toreh Beg Tangan Wanita

Suspek – foto BESTAWAUfm

TANGKAP DUA LELAKI, POLIS SELESAI 7 KES COPET/TOREH BEG DI PASAR TANJUNG TAWAU

TAWAU; 30 SEPTEMBER 2019 (Isnin) – Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes curi dengan cara menoreh beg tangan wanita dan Warga emas di pasar Tanjung Tawau yang tular di media sosial sejak tiga bulan lepas selepas menangkap dua lelaki Warga asing di Kawasan Jalan Tanjung Batu, khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, kedua-dua lelaki berumur 52 dan 65 tahun itu ditahan semasa berlegar-legar dikawasan berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang.

foto BESTAWAUfm
foto BESTAWAUfm

Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi dilakukan kedua-dua suspek terbabit adalah mensasarkan golongan wanita dan Warga emas khususnya yang membawa beg sandang lalu menoreh beg tersebut menggunakan pisau tajam atau pisau cukur (gillete).

Katanya, kedua-dua suspek kini direman sehingga rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Menurut ACP Peter, polis kini giat mengesan seorang lagi suspek yang belum dikenalpasti identitinya yang dipercayai turut terlibat dalam kes toreh beg di Pasar terbabit.

Justeru, beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhuhung suspek boleh menyalurkan maklumat terbabit di IPD Tawau.

#BESTAWAUfm