PPM Sabah Tahan Warga Pakistan, Rampas 6,843 Bungkus Rokok

Anggota PPM merampas rokok pelbagai jenama dan menahan suspek dalam serbuan di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Tuaran. – Foto Ihsan PPM

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki warga Pakistan dan merampas 6,843 bungkus rokok tidak bercukai, dalam operasi bersepadu di Penampang, Putatan dan Tuaran semalam.

Dalam operasi pada 26 dan 27 September lalu, PPM merampas rokok jenama Era Black, Era Premium Biru, Era Menthol, D&J Red, Astro Merah, Astro Hijau, Gudang Garam dan LA Menthol.

Anggota PPM merampas rokok pelbagai jenama dan menahan suspek dalam serbuan di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Tuaran. – Foto Ihsan PPM

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam operasi selama 12 jam sehingga pukul 9 malam itu sebuah kenderaan yang dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup berkenaan turut dirampas.

“Bertindak atas maklumat Gerakan Anti Rokok Seludup (GARS) yang disalurkan kepada Komander PPM PDRM Bukit Aman, operasi bersepadu di beberapa premis sekitar Penampang, Putatan dan Tuaran telah dilaksanakan untuk mengekang penjualan rokok lari cukai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dan semua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis berdekatan, untuk laporan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Keseluruhan rampasan bernilai RM358,670 kes disiasat mengikut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *