Tambang Murah MAS Sehingga Penjimatan 50 Peratus

KUALA LUMPUR: Berita baik kepada setiap orang yang gemar melancong apabila syarikat penerbangan, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan penjimatan sehingga 50 peratus menerusi MHholidays Flash Sales, hanya untuk tempoh masa terhad saja.

Tawaran penjimatan yang akan berakhir pada 30 September ini tidak harus dilepaskan dan anda boleh melancong, bermula 24 September 2019 hingga 30 April 2020.

Lebih menarik, anda bukan saja menikmati penjimatan tiket penerbangan, tetapi turut merangkumi penginapan hotel di setiap destinasi pilihan.

Penumpang boleh menikmati tambang tiket pergi dan balik kelas ekonomi berserta hotel ke Langkawi bermula pada harga serendah RM219, Johor Bahru (RM259), Pulau Pinang (RM319) manakala Kuching (RM489) dan Kota Kinabalu bermula serendah RM689 setiap orang.

Untuk destinasi antarabangsa turut disediakan penjimatan tambang tiket pergi dan balik kelas ekonomi termasuk hotel ke destinasi seperti Jakarta bermula pada harga RM509, Bangkok (RM539), Ho Chi Minh (RM596), Singapura (RM599) dan Manila serendah RM709.

Tidak terkecuali destinasi lain seperti Phuket yang bermula serendah RM509, Yangon (RM529), Phnom Penh (RM559), Bali (RM759 ) dan Perth, serendah RM1,009 untuk tambang tiket pergi dan pulang kelas ekonomi berserta hotel.

Tambang dikenakan itu termasuk elaun bagasi sebanyak RM20 kilogram untuk kelas ekonomi ke destinasi antarabangsa dan hidangan percuma serta hiburan ketika penerbangan daripada Kuala Lumpur.

Jadi, jangan tunggu lagi dan layari holidays.malaysiaairlines.com untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum promosi berakhir dan merancang percutian hebat anda bermula sekarang.

Berita Harian