Polis Buru Tiga Nelayan Vietnam Lolos Daripada Tahanan

Tiga tahanan warga Vietnam yang melarikan diri diburu polis. Gambar Ihsan Polis

SANDAKAN: Tiga lelaki nelayan Vietnam diburu polis selepas meloloskan diri daripada tahanan penguat kuasa Jabatan Perikanan di Pangkalan Polis Marin Sandakan hari ini.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di perairan Beluran Isnin lalu bersama empat lagi rakan mereka kerana menangkap ikan secara haram di negara ini.

ACP AZHAR HAMIN

“Suspek yang disiasat oleh Jabatan Perikanan telah dibawa keluar oleh jabatan itu untuk mengepam keluar air dari kapal mereka yang ditahan di Pangkalan Polis Marin Sandakan.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga tahanan tersebut telah meloloskan diri tanpa di sedari setelah selesai mengepam air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek ialah Vi Minh Naiiy, 43; Nguygu Vain Phong, 47, dan Vo Minh Taanh, 32.

Menurut beliau, semua suspek sebelum ini telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan Jabatan Perikanan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan melancarkan operasi mengesan ketiga-tiga suspek ini.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pihak berkuasa dengan segera,” katanya.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *