Dua Warga Asing Antara Tujuh Penagih Dadah Ditahan Di Pulau Sepanggar

Antara yang ditahan dalam operasi tersebut – Foto Ihsan Polis

KOTA KINABALU: Tujuh lelaki termasuk dua warga asing ditahan di Kampung (Kg) Pulau Sepanggar atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam operasi Ops Sarang, di sini pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, lelaki yang berumur antara 21 hingga 46 tahun itu ditahan ketika anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu menjalankan operasi secara bersama dengan Pasukan Polis Marin di perkampungan itu bermula 8 malam (Selasa) hingga 3 pagi tadi.

Antara yang ditahan dalam operasi tersebut – Foto Ihsan Polis

Serbuan itu melibatkan rampasan sebanyak 0.67 gram syabu.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Sekseyn 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis sedang menjalankan ujian air kencing terhadap suspek – Foto Ihsan Polis

”Ops Sarang akan terus diperhebatkan dengan usahasama bersama agensi lain dan ia akan diadakan secara berterusan bagi mengenalpasti dan mengambil tindakan terhadap ahli sindiket pengedaran dadah dan menangani masalah penagih tegar sekitar perkampungan nelayan di Kg Pulau Sepanggar.

”Bagi meningkatkan lagi pembanterasan dadah, orang awam disaran menyalurkan maklumat mengenai penyalahgunaan dadah ke talian hotline IPD Kota Kinabalu 088 529 220 atau ke akaun Facebook Page ‘Polis Daerah Kota Kinabalu’.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *