PPM Serbu Stor Simpanan Petrol Sebelum Diseludup Ke Filipina

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 12 tong berisi petrol dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak berpenghuni, Pulau Kulapuan, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata serbuan kira-kira pukul 5 pagi itu dijalankan hasil risikan pihaknya yang mendapati rumah terbabit dijadikan stor penyimpanan petrol.

12 tong berisi 396 liter petrol dirampas dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. Gambar Ihsan PPM Semporna

“Ketika serbuan dijalankan, tiada suspek ditemui di dalam rumah berkenaan dipercayai melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 12 tong berisi 396 liter petrol ditemukan di dalam rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau percaya rumah berkenaan dijadikan stor petrol sebelum diseludup ke negara Filipina.

“Kita sedang mengesan suspek yang menjadi dalang utama kepada aktiviti ini.

Rumah dijadikan stor simpanan petrol diserbu Pasukan Polis Marin Semporna. Gambar Ihsan PPM Semporna

“Rampasan petrol bernilai RM824 itu dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *