“Seramnyaa…” Ubat Pelali Dijual Secara Berleluasa Secara Online Buat Ramai Wanita Takut Mahu Keluar ‘Date’

Sebelum ni admin ada cerita tentang produk sihir macam minyak pengasih dan pelaris yang selamba dijual secara online.

Tapi, baru-baru ni, seorang pengguna Twitter, Fikri memberi amaran kepada netizen di Twitter supaya jangan terima minuman dari orang sembarangan sambil kongsikan gambar-gambar yang memeranjatkan!

Dalam gambar yang diselitkan oleh Fikri ini menunjukkan satu akaun Twitter dengan nama Viagra Cair telah menjual satu produk yang dipanggil LiquidSex.

Penjual melabel ubat ini sebagai “Obat Bius Terbaik & Aman” yang bermaksud klorofom yang berkualiti dan selamat digunakan untuk buat perempuan khayal dan mudah untuk dirogol. Apa punya orang ni?

Yang paling tak boleh diterima, penjual ni siap tunjuk lagi testimoni dari pelanggan dia yang beli produk ni menunjukkan seorang perempuan tak sedarkan diri. Sakit otak ke?

Kalau korang nak tahu, ubat pelali ini dijual dengan harga 250k rupiah (RM75) sebotol.

Di dalam tweet ini juga, Fikri meminta orang ramai untuk berhati-hati dengan:

Buat minuman sendiri supaya orang lain tak ada peluang untuk orang lain sentuh minuman.

Jangan takut untuk cakap tak nak bila orang mencurigakan offer minuman
Jangan beli minuman dari tempat-tempat yang mencurigakan.

Mujur, akaun twitter menjual ubat bius pelali ini telah pun diturunkan tapi admin percaya banyak je lagi orang yang berani jual benda ni secara terbuka.

Jadi lepas ni please be careful, lagi-lagi kalau korang suka pergi tempat yang ramai orang, sebab kadang-kadang dorang boleh je masukkan benda dalam minuman kalau kita tak sedar.

Lobak Merak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *