Buat Persembahan Atas Pentas Macam Tak Berbaju, Stacy Tampil Jawab Kritikan Pedas Netizen

Penyanyi Stacy Anam tampil menjawab kritiikan pedas warganet terhadap penampilannya pada pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) malam tadi yang terlalu mencolok mata. Kata pemilik nama Ummu Syaikhah Stacy Anam, 29, perkara yang terjadi di pentas tersebut tidak disengajakan.

“Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diingini berlaku kan? Malam tadi benda itu terjadi pada saya. “Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tak sangka pula apabila membuat persembahan atas pentas dengan pencahayaan, pergerakan dan macam-macam, benda jadi lain,” kata Stacy menerusi kemas kini akaun Instagramnya.

Stacy menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu terbaharunya Khayal dengan menyarung body suit berwarna nude berenda hitam dan dihiasi motif floral. Busana rekaan Hasfitri Yusof itu bagaimanapun mendapat kec4man ramai apabila did4kwa terlampau menjolok mata seolah-olah Stacy sedang tidak berbaju di atas pentas.

“Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi itu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam bidang begini memang risiiko kan. “Penuh yakin menghiburkan orang dengan sehabis tenaga tetapi lain pula jadinya. Tak boleh boleh buat salah atau tak sengaja, silap saja habis dilabel wanita akhir zaman.

“Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut-mulut manusia penghukum ini saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga.

“Jangan melibatkan ‘darling’ (Akim) saya okey. Dia pun sibuk bekerja. Semua silap dan hal yang tak kena datang dari saya saja. “Kadang-kadang rasa dah nak berhenti dalam bidang ini tetapi belum ada rezeki masa yang sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini,” tambahnya.

Stacy turut memohon maaf seandainya aksi dan busana yang dipakainya pada majlis itu mengundang rasa kurang senang kebanyakan pihak. “Saya nasihatkan jangan tengoklah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang tak elok. “Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitn4h dan fikir macam-macam,” ujar Stacy lagi.

Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan? Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tak sangka pula bila perform atas stage dengan lighting, pergerakan dan macam macam benda jadi lain.

Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan. Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya tak boleh buat salah atau tak sengaja.

Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman Astaghfirullahalazim… Ya lah orang yg komen hebat sebegitu memang tak pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari tak best ni. Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut mulut.

Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga. Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yg x kena pun semua dari saya saja tauu. Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yg sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini.

Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang tak elok guyssBiarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya. Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam macam

 Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okayyy Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi Thank you @teamsgs datang support tadidan Goodnight sekarang saya nak khayal terbang ke Bulan untuk lepas stress dulu. Love semua and Assalamualaikum… #tidurnangissambildengarlagukhayal #ujiandandugaan #justbetrue

Komen dari warganet

kyraechaen97 : Stay strong sis Pedulikan haters dan terus istiqamah. Mari kita slow2 berubah ke arah yg lebih baik. InshaAllah ada rezeki akak Stacy tu nanti. Maybe one day you can open your own restaurant with your darling. And have your own clothing line. InshaAllah

glassyhe_art : It’s ok. Well this is our country. Lot of judgmental people.  Abaikan dgn yg tdk tau seni. This is the way to ur success stacy. Setiap kecaman mendatangkan ketabahan utk ko truskn dlm bidang ni. Org yg brpikiran logic pun tau org tak waras mna yg mau pakai brlubang lubang kasi free show on stage.

Sure la cover dia pn rumit juga. Panas org yg jdi penghibur tu tda yg tau. Selidik btl2 la sblm mo judge. Dorg bkn tau rsa latihan sblm prsebahan tu btapa lasaknya. Dorg bkn tau mau jdi seorg pnghibur ni smpai korbankan masa brsma kluarga sndiri. And baca komen2 tdi d gmbr prtama, yg gelar2 stacy makcik la apa la especially llaki, igt k kluarga sndiri ada kaum hawa.

Bkn bergetah slalu. Makcik makcik dorg blm tentu dpt tanding si stacy. Hehehe.. Kesian. Klau bab menghina trus ambil bahagian. Org orang zaman skrg cpt btl jatuh hukum sma org. Langsung tak da prtimbangan ssama manusia. Sendiri tu menegur sdh serupa menghina, riak bkn main lagi, x igt batas. Melampau. Comfirm ka perfect?

Klau pandangan org kotor, minded x sihat, maka segala yg dia tngo tu jdi kotor juga. Ni bkn fans, tpi ni penunggu yg mncari kesalahan. Jgn lupa, setiap komen mencerminkan cara pemikiran sndiri, cara tutur bahasa sndiri. Tengo sja la sekaya mna dan success smpai level apa kmu2 yg bgitu. Smpai masa bila yg menghina tadi tu dkenali seluruh malaysia, sya yakin lah kau ada knowledge yg bkn celang2. 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *