Hati-Hati, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Lapan Daerah Di Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di pantai timur dan pantai barat Sabah dan dijangka berterusan sehingga tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa daerah di negeri ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan daerah yang terlibat ialah Pendalaman ( Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kinabatangan Dan Kudat

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang merancang aktiviti pada malam ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia