Ribuan Hadir Program Shafie Bersama Rakyat Di Kemabong

KEMABONG: Seramai lebih 10,000 penduduk Daerah Kecil Kemabong dan kawasan sekitarnya berkumpul di Dataran Terbuka Kemabong sejak awal pagi ini sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Sempena Ilau 2019.

Tinjauan Borneo Today mendapati rata-rata penduduk teruja menyertai sambutan besar-besaran yang julung kali diadakan itu dengan kehadiran pemimpin kerajaan terutama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ribuan penduduk hadir di Dataran Terbuka Kemabong sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Seorang penduduk, Jauni Antiku, 53, berkata, ini adalah kali pertama sejak hampir 10 tahun seorang pemimpin tertinggi kerajaan hadir di Pekan Kemabong bersama rakyat menyebabkan masyarakat di situ berasa amat dihargai.

JAUNI ANTIKU

“Kalau tidak silap saya pada tahun 2010 ada program kerajaan di sini tetapi sudah terlalu lama tiada penganjuran sebab itu kali ini begitu ramai yang hadir.

“Syukurlah sebab Ketua Menteri datang juga di sini walaupun jauh dari Kota Kinabalu,” katanya yang berasal dari Pekan Kemabong kepada Borneo Today.

LASSAN ANGUK

Penduduk Kampung Sugiang Tengah, Lassan Anguk, 59, berkata, program seperti ini amat berguna kerana selain aktiviti sukan, penglibatan jabatan-jabatan kerajaan juga mampu membantu rakyat menyelesaikan urusan-urusan tertentu.

“Memang ini yang kami mahu supaya jabatan kerajaan datang ada kebaikannya untuk kami dapatkan maklumat dan bertanya terus kalau mahu pergi Kota Kinabalu sangat jauh.

“Ramai juga yang datang mahu tengok pemimpin lebih dekat macam Ketua Menteri kita,” katanya.

Ribuan penduduk hadir di Dataran Terbuka Kemabong sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Program tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony merangkap penganjur utama program dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar.

Selain pameran oleh jabatan kerajaan, pelbagai lagi program dianjurkan seperti sukaneka dan pelbagai jenis sukan termasuk perlumbaan motocross.

Ribuan penduduk hadir di Dataran Terbuka Kemabong sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *