
KUNAK; 3 SEPTEMBER 2019 (Selasa) – Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Atas, Kunak, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, PBK I Abd Kadir Halalan bersama 7 orang anggota dari BBP Kunak menggerakan sebuah
FRT ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 6.49 pagi.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.22 pagi sebelum menamatkan Operasi pada 9.26 pagi.

Menurut kenyataan, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

#BESTAWAUfm