
TAWAU: Dianggarkan lebih 60 buah rumah di Kampung Tanjung Batu, Otentik, di sini, musnah akibat kebakaran, malam tadi.
Kebakaran berlaku dan difahamkan api merebak ke kampung bersebelahan.

Usaha memadam kebakaran daripada terus merebak sedang dilakukan oleh sepasukan bomba.
Turut membantu penduduk kampung dengan menggunakan sumber air sungai untuk memadam api.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.
Bilangan sebenar rumah yang musnah dan punca kebakaran belum dapat dipastikan.
