11 Ditahan Terbabit Penyalahgunaan Dadah

Antara individu yang ditahan dalam Op Sarang dan Op Tapis di Tuaran. Gambar SNT/Ihsan Polis


TUARAN: Polis Tuaran menahan 11 individu kerana disyaki terbabit penyalahgunaan dadah dalam Op Tapis dan Op Sarang yang dijalankan sekitar daerah ini dari 19 Ogos hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak 14 serbuan dilakukan di kawasan Taman Perumahan Telipok Ria, Taman Sri Rugading dan Kampung Mengkabong.

Polis menahan individu yang disyaki terbabit penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang dan Op Tapis di Tuaran. Gambar SNT/Ihsan Polis


“Bagi tempoh itu, seramai 11 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Daripada jumlah itu juga, dua ditahan kerana memiliki dadah manakala sembilan atas kesalahan positif dadah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Hamizi berkata sepuluh daripada jumlah yang ditahan adalah warga tempatan manakala seorang warga asing berusia 20 hingga 40 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah jenis syabu sebanyak 0.98 bernilai RM148 mengikut harga dadah semasa. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *