
KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu menggempur kawasan Skim Penempatan Telipok, di sini, hari ini dan beberapa lelaki disyaki penagih diberkas.
Ops Sarang yang bermula jam 10 pagi itu membabitkan sekitar skim penempatan dan jalan masuk ke kawasan berkenaan.

Beberapa lelaki disyaki baru membeli dadah syabu di kawasan berkenaan cuba melarikan diri namun berjaya diberkas selepas kawasan itu dikepung polis.
Hasilnya seramai 27 lelaki dan seorang wanita ditahan dan di bawa ke Balai Polis Telipok untuk ujian saringan air kencing.

Operasi itu membabitkan dua pegawai dan 33 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
SabahNewsToday