Ular Sawa Batik Masuk Rumah

Anggota bomba bersama ular sawa yang ditangkap.

LABUAN: Seorang pemilik rumah terkejut selepas menyedari rumahnya di Lazenda View, Kampung Tanjung Aru dimasuki ular sawa sepanjang lebih 4 meter kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam, penghuni rumah dikatakan menemui ular itu melingkar dihadapan pintu rumahnya sebelum menghubugi bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggil kecemasan pada jam 8.32 malam.

Katanya, sebaik menerima laporan, sepasukan lapan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan segera.

“Sebaik sampai di rumah pengadu, pasukan bomba mendapati reptilia itu masih ‘berlegar-legar’ di halaman rumah pengadu.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menangkap haiwan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Menurutnya, haiwan itu berjaya ditangkap beberapa minit selepas itu dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.56 malam.

Katanya, ular berkenaan seterusnya dibawa balik ke balai bomba sebelum diserahkan ke Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *