Datuk K Y Mustafa Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS

Datuk K. Y. Mustafa

KOTA KINABALU:  Datuk K Y Mustafa telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Difahamkan Mustafa telah menghantar surat perletakan jawatan pada 1 Ogos.

Difahamkan juga antara sebab beliau meletakkan jawatan ialah tidak berpuas hati atas keputusan Kementerian Pelajaran membelakangi Kerajaan negeri dalam membuat keputusan mengenai pelantikan naib canselor UMS.

Mustafa, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, dilantik pada 1 Nov 2018 menggantikan Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi.

Tempoh pelantikan beliau adalah sehingga 31 Oktober 2021.

SabahNewsToday