Kelibat Buaya Tembaga Tarikan Baharu Pelancongan Labuan

Buaya tembaga yang ditemui di Sungai Kinabenuwa Labuan, petang Selasa lalu oleh seorang jurugambar. 

LABUAN : Seekor buaya tembaga ditemui di Sungai Kinabenuwa Labuan pada petang Selasa lalu oleh seorang jurugambar yang ingin merakamkan kelibat reptilia itu setelah viral video penemuan buaya tersebut di media sosial.

Menurut Ramlen Salleh, beliau menemui reptilia sepanjang kira-kira 3 meter itu sedang berjemur ketika air sedang surut. 

Tujuan beliau merakamkan gambar buaya tersebut adalah sebagai koleksi peribadi sahaja.

“Lebih tiga minggu saya ke Sungai Kinabenuwa untuk merakamkan gambar buaya yang viral dalam media sosial dan akhirnya pada petang Selasa reptilia itu muncul di bawah pokok bakau. Dalam masa yang sama saya juga membuat sedikit kajian tentang sifat reptilia tersebut dan hubungkaitnya dengan habitat paya bakau,”jelas beliau ketika ditemui di tempat kejadian pada Rabu.

Tambah Ramlen lagi, pihak berwajib perlu memasang papan tanda amaran bagi makluman kewujudan buaya di kawasan tersebut kerana lokasi itu turut menjadi tumpuan pemancing pada hujung minggu. 

SUNGAI Kinabenuwa Labuan menjadi tarikan eko pelancongan.
Sungai Kinabenuwa Labuan menjadi tarikan eko pelancongan.

Ramai yang memberikan reaksi agar pihak berwajib membiarkan sahaja reptilia itu hidup di kawasan paya bakau Kinabenuwa yang menjadi salah satu lokasi eko-pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan. 

Kehadiran buaya itu akan menjadi nilai tambah tarikan eko-pelancongan Kinabenuwa Labuan.
“Penemuan buaya tembaga itu sesuatu yang menarik untuk dijadikan daya tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Wilayah Persekutuan Labuan,”katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *