Pimpinan Parti Jangan Keluar Kenyataan Boleh Jejas Keharmonian – Christina

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta agar pimpinan parti tidak mengeluarkan kenyataan yang semakin menjejaskan keharmonian parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Christina Liew berkata pimpinan parti itu sepatutnya perlu memberi sokongan padu kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut dan masalah yang melanda parti.

“Setelah berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat dan memegang majoriti kerusi parlimen pimpinan dan ahli-ahli parti perlu fokus mengisi Malaysia Baharu dengan menjayakan agenda reformasi serta perubahan ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan,pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata MPN Sabah menyokong penuh kepimpinan Anwar dalam usaha menyatukan kembali pimpinan parti dan ahli-ahli yang sedang bergolak ketika ini.

Katanya kenyataan Anwar perlu diberi sokongan agar isu ini tidak menjejaskan usaha untuk memulihkan ekonomi rakyat yang semakin meruncing ketika ini.

Rakyat mahu kerajaan Pakatan Harapan menumpukan usaha kepada isu-isu pembangunan dan peningkatan ekonomi dan bukannya dipaparkan dengan persengkataan pimpinan, katanya.

Justeru, Christina mahu agar pimpinan terutama di Sabah dan ahli-ahli bersatu hati dan fokus kepada isu-isu rakyat serta pemantapan cabang masing-masing.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *