Kakitangan SESB Maut Kena Renjatan Elektrik

Gambari Hiasan

KOTA MARUDU: Kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) maut terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja penyelenggaraan pencawang elektrik di Jalan Langkon – Kudat, Kota Marudu semalam.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa, Jacklye Mairin, 31, dari Kampung Rangalau, Kota Belud disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi rakan sekerja ditugaskan menyelenggara pencawang utama talian elektrik di lokasi.

“Menurut keterangan rakan mangsa, mangsa dikatakan menaiki tangga untuk menukar pin di bahagian atas pencawang.

“Bagaimanapun, rakan mangsa mendakwa melihat mangsa terkena renjatan elektrik sejurus tiba di atas sebelum terjatuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Izaan berkata, rakan mangsa menghubungi Hospital Kota Marudu untuk bantuan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital semalam untuk proses bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan renjatan elektrik.”

“Siasatan lanjut diteruskan. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *