Pelajar Tingkatan 6 Tunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Merotai

Foto Media Sosial

TAWAU, 17 Julai – Seorang pelajar lelaki tingkatan enam maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Kampung Indah Jalan Merotai-Tawau dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka, Muhammad Rayyan Bisanga, 18, dari Kampung Muhhibah Raya itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto Media Sosial

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata ketika kejadian seorang pemandu wanita berusia 27 tahun dari arah Felda Umas menuju ke bandar Tawau untuk pergi bekerja  cuba memintas sebulah lori tetapi gagal dan melanggar mangsa yang menunggang dari arah bertentangan.

Foto Media Sosial

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang memandu secara melulu dan memotong kenderaan tanpa memastikan laluan adalah selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Peter berkata kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketika kejadian, cuaca tidak hujan dan jalan raya dalam keadaan baik.

Foto Media Sosial

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *