Polis Marin Tahan Lelaki Pala’u Miliki Syabu

Suspek ditahan dan di bawah ke Pangkalan Polis Marin untuk sisasatan lanjut – Foto Ihsan PPM

SEMPORNA, 16 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki Pala’u di perairan Kampung Hidayat, Pulau Bum Bum dekat sini, kerana memiliki dadah jenis Syabu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 8.30 malam oleh bot ronda PSC54 yang membuat rondaan di kawasan berkenaan yang sebelum itu menahan bot yang dinaiki suspek.

Syabu yang dirampas bersama lelaki Pala’u – Foto Ihsan PPM

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan dadah seberat 0.5 gram di dalam dompet yang diletakkan di dalam poket seluarnya, selain turut dijumpai dua gulung aluminium foil, sebatang jarum dan satu pemetik api berwarna biru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, suspek ditahan dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk siasatan.

Suspek – Foto Ihsan PPM

– BERNAMA