Polis Kunak Tahan 4 Penagih, Pengedar Rampas 5.4 Gram Syabu

Antara suspek yang ditahan – Foto BESTAWAUfm/PDRM

KUNAK; 14 JULAI 2019 (Ahad) – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kunak menahan 4 lelaki penagih termasuk seorang disyaki pengedar dadah dan merampas 5.4 gram syabu bernilai RM810 selepas menggempur Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Baru menerusi Ops Sarang, awal pagi, Jumaat lepas.

Ketua Polis daerah Kunak, Supritendan Baharin Md Tahir dalam kenyataan berkata, lelaki warga asing pengedar dadah itu ditahan di rumahnya selepas pemeriksaan ke atas beg silang hitam miliknya mengandungi beberapa peket hablur jernih disyaki syabu.

Antara suspek yang ditahan – Foto BESTAWAUfm/PDRM

Katanya, lelaki itu dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Kampung Lormalong, Dasar Baru serta Madai dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara tiga lagi penagih warga tempatan berumur 20 hingga 50 tahun yang turut ditahan di kediaman mereka akan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Operasi sarang bermula 12 tengah malam itu disertai lebih 10 pegawai dan anggota dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi.

Syabu yang dirampas bersama suspek – Foto BESTAWAUfm/PDRM
Syabu yang dirampas bersama suspek – Foto BESTAWAUfm/PDRM
Foto BESTAWAUfm/PDRM

Sumber : BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *