Pasport Musnah Dalam Kebakaran, KRI Tawau Akan Urus Dokumentasi

KRI Tawau menyerahkan bantuan makanan dan peralatan mandi kepada mangsa kebakaran. Foto Konsulat RI Tawau

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau akan menguruskan dokumentasi warganya yang terlibat dalam kebakaran di Kg Kinabutan Kecil Batu 4 Jalan Apas pada 2 Julai lepas.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Sulistijo Djati Ismojo berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap nasib warganya yang tidak sempat menyelamatkan pasport mereka.

KRI Tawau menyerahkan bantuan makanan dan peralatan mandi kepada mangsa kebakaran. Foto Konsulat RI Tawau

“Dalam sesi dialog bersama mangsa kebakaran warga Indonesia, mereka ada memohon bantuan pengurusan pasport yang musnah akibat terbakar,” katanya di sini pada Selasa.

Namun, KRI Tawau akan melakukan saringan berdasarkan cop jari dan kornea mata setiap pemohon untuk dikenal pasti padanannya dengan rekod data Imigresen Indonesia.

KRI Tawau menyerahkan bantuan makanan dan peralatan mandi kepada mangsa kebakaran. Foto Konsulat RI Tawau

Djati berkata mangsa kebakaran yang memohon untuk mendapatkan semula pasport mereka perlu memenuhi syarat serta turut menerima pengesahan KRI Tawau.

Mengulas mengenai kebakaran itu, beliau merakamkan takziah kepada semua mangsa terlibat khususnya membabitkan kalangan 21 keluarga warga negara Indonesia.

“Kami prihatin terhadap musibah ini,” katanya yang turut bersama-sama staf KRI Tawau menyerahkan bantuan makanan dan peralatan kebersihan kepada mangsa kebakaran.

Mengikut maklumat yang diserahkan KRI Tawau, mangsa kebakaran melibatkan warga Indonesia di dalam kebakaran itu rata-rata bekerja sebagai pekerja kilang papan lapis.

KRI Tawau menyerahkan bantuan makanan dan peralatan mandi kepada mangsa kebakaran. Foto Konsulat RI Tawau

Utusan Borneo