Sabah Akan Terus Tuntut 20% Royalti Minyak Daripada Persekutuan- Jaujan

KOTA MARUDU, 6 Julai – Kerajaan negeri akan terus menuntut royalti minyak ditingkatkan daripada lima peratus kepada 20 peratus daripada kerajaan persekutuan bagi menampung perbelanjaan pembangunan di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata kerajaan negeri perlu membangunkan lebih banyak prasarana dan kemudahan yang amat diperlukan rakyat.

Katanya untuk membangunkan negeri ini secara menyeluruh, peruntukkan RM4 bilion setahun daripada kerajaan persekutuan adalah tidak mencukupi  jika dibandingkan kos pengurusan negeri sahaja melebihi RM3 bilion.

“Empat keutamaan perlu dilaksanakan dahulu iaitu rangkaian jalan raya, bekalan elektrik dan air serta telekomunakasi secara holistik sebelum pihak pelabur atau pihak swasta dapat dibawa bagi mendirikan kilang dan Industri yang kelak akan memberikan manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata demikian pada majlis sambutan Hari Raya Aidi Fitri dan Kaamatan Parti Warisan Kota Marudu di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, pembangunan tidak mudah dilaksanakan segera sebaliknya memerlukan tempoh masa serta kewangan yang mencukupi bagi menampung kos pembangunan terutamanya memperbaiki dan menaiktaraf kemudahan asas yang sedia ada di seluruh Sabah.

Jaujan berkata hasrat kerajaan negeri mahu merancakkan industri kayu dan kilang memproses minyak disebabkan bahan mentah mudah diperolehi serta kawasan tanah masih luas untuk tujuan industri tesebut.

Katanya penglibatan pelabur luar negara bagi melabur dalam industri tersebut dimana hasil perlaburan tersebut membantu kerajaan negeri memberikan pekerjaan kepada rakyat yang memerlukan kerja.

Dalam pada itu, Jaujan berkata sejak Parti Warisan Sabah memegang tampuk pemerintahan negeri Sabah setahun lalu, kerajaan negeri telah merancang pelbagai perancangan bagi memajukan industri terutama membawa berapa banyak pelabur dari luara negara.

Bagaimanapun katanya, pembangunan tidak mudah dilaksanakan segera sebaliknya memerlukan tempoh masa serta kewangan yang mencukupi bagi menampung kos pembangunan terutamanya memperbaiki dan menaiktaraf kemudahan asas yang sedia ada di seluruh Sabah.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *