PPM Kompaun 24 Bot Penumpang Di Perairan Semporna

Anggota PPM melakukan pemeriksaan dalam operasi berkenaan. Gambar Ihsan PPM

SEMPORNA, 6 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) mengesan 24 bot pelancong serta penumpang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua bot itu dikenakan kompaun dalam satu Operasi Khas antara pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari di perairan Laut Pelabuhan dan Terusan Menampilik.

Anggota PPM melakukan pemeriksaan dalam operasi berkenaan. Gambar Ihsan PPM

“Sebanyak 92 bot diperiksa dan didapati 24 daripadanya melakukan kesalahan seperti membawa penumpang melebihi had dibenarkan serta alat-alat keselamatan tidak lengkap termasuk tiada jaket keselamatan.

“Semua kesalahan itu dirujuk kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota PPM melakukan pemeriksaan dalam operasi berkenaan. Gambar Ihsan PPM

“PPM bertindak bagi menguatkuasakan akta atau peraturan ke atas aktiviti di air terutama bot-bot yang membawa penumpang mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO), Akta Polis 1967 dan Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Anggota PPM melakukan pemeriksaan dalam operasi berkenaan. Gambar Ihsan PPM
Anggota PPM melakukan pemeriksaan dalam operasi berkenaan. Gambar Ihsan PPM