Tiga Penyelam Termasuk Dua Pelancong China Maut Terkena Bom Ikan Di Semporna

Dua daripada penyelam yang maut dipercayai akibat letupan bom ikan.

SEMPORNA: Dua penyelam dari China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut dipercayai akibat bom ikan di perairan Semporna petang ini.

Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa sedang melakukan selaman apabila bom ikan yang dibaling nelayan tempatan meletup dan mengenai mereka.

Pegawai Daerah Semporna, Bianus Kontong berkata, beliau telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh pegawainya.

“Kami masih mendapatkan maklumat lanjut daripada polis dan juga identiti mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan tentang insiden berkenaan.

Foto Media Sosial
Foto Media Sosial

BorneoToday