Dua Rumah, Gerai Dan Kereta Rosak Teruk Selepas Dirempuh Lori Tangki

Kerosakan teruk yang berlaku setelah lori tangki yang hilang kawalan merempuh sebuah gerai, dua buah rumah serta kereta di Jalan Membatu , Tungku, Lahad Datu – Foto Medial Sosial

LAHAD DATU: Seorang penjual bantal kekabu kapok dan dua orang pemilik rumah terselamat dari maut apabila sebuah lori tangki merempuh gerai jualan dan kediaman mereka di Jalan Membatu, Tungku, Lahad Datu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pemandu lori tangki tersebut hilang kawalan pemanduan dari arah Lahad Datu menuju ke Felda Sahabat 13.

Kerosakan teruk yang berlaku setelah lori tangki yang hilang kawalan merempuh sebuah gerai, dua buah rumah serta kereta di Jalan Membatu , Tungku, Lahad Datu – Foto Medial Sosial

Sewaktu lori itu mendekati lokasi nahas, pemandu lori berusia 40 tahun itu bertindak melompat keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.

“Lori tangki itu merempuh gerai menjual bantal, dua buah rumah termasuk sebuah kereta jenis Proton yang parkir di tepi jalan,” ujar Nasri.

Tambah beliau, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan termasuk pemandu lori tangki.

Difahamkan, pemandu lori tidak dalam keadaan mabuk dan siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku hanya disebabkan masalah pada brek lori.

Pemandu itu tidak ditahan namun kes diklasifikasikan mengikut Undang-Undang 10-LD 166 kerana memandu secara lalai mengawal kenderaan.