Brek Rosak, Lori Tangki Rempuh Gerai, Kereta Dan Dumah Di Lahad Datu

Kerosakan teruk yang berlaku setelah lori tangki yang hilang kawalan merempuh sebuah gerai, dua buah rumah serta kereta di Jalan Membatu , Tungku, Lahad Datu – Foto Medial Sosial

LAHAD DATU, 3 Julai – Akibat brek tidak berfungsi, sebuah lori tangki merempuh dua rumah dan gerai menjual bantal kekabu serta sebuah kereta di tepi jalan, ketika menuruni bukit di Kampung Membatu di Jalan Membatu-Tungku dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata ketika kejadian 9.30 pagi itu, pemandu lori tangki berusia 40 tahun yang memandu dari arah Lahad Datu menuju ke Felda Sahabat itu bertindak melompat keluar dari lori selepas menyedari brek kenderaan berkenaan rosak.

Kerosakan teruk yang berlaku setelah lori tangki yang hilang kawalan merempuh sebuah gerai, dua buah rumah serta kereta di Jalan Membatu , Tungku, Lahad Datu – Foto Medial Sosial

“Akibatnya lori itu masuk ke kanan jalan lalu terbabas dan merempuh sebuah gerai menjual bantal kekabu, kemudian merempuh dua lagi rumah serta sebuah kereta rosak jenis Proton Saga yang diparkir.

“Ketika kejadian sebuah rumah tidak berpenghuni manakala sebuah lagi berpenghuni namun sempat melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kerosakan teruk yang berlaku setelah lori tangki yang hilang kawalan merempuh sebuah gerai, dua buah rumah serta kereta di Jalan Membatu , Tungku, Lahad Datu – Foto Medial Sosial

Dalam pada itu Nasri berkata pemandu lori hanya mengalami luka kecil dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ekoran itu, katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *