Enam Pekerja Bot Ditahan Positif Dadah Jenis Syabu

Enam pekerja bot ditahan PPM selepas didapati positif dadah. – Gambar Pasukan Polis Marin Sabah

KOTA KINABALU: Enam pekerja bot ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Pelabuhan Selat Selatan, Kota Kinabalu, semalam.

Operasi khas bermula jam 9 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Enam pekerja bot ditahan PPM selepas didapati positif dadah. – Gambar Pasukan Polis Marin Sabah

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi kali ini menyasarkan bot penambang, bot nelayan pukat tunda, bot nelayan motor dan bot jongkong

Katanya, sepanjang operasi itu sebanyak 22 bot ditahan untuk pemeriksaan secara rawak bagi mengesan juragan bot atau krew yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Enam pekerja bot ditahan PPM selepas didapati positif dadah. – Gambar Pasukan Polis Marin Sabah

“Hasil operasi, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 65 warga tempatan, 28 warga Filipina dan lapan warga Indonesia.

“Hasil ujian saringan awal air kencing di Pangkalan Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, mendapati enam individu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Enam pekerja bot ditahan PPM selepas didapati positif dadah. – Gambar Pasukan Polis Marin Sabah

Mohamad Pajeri berkata, enam individu itu kemudiannya dibawa ke IPD Kota Kinabu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *