PPM Tahan 4 Warga Asing Cuba Masuk Sabah Secara Haram

Empat warga asing cuba masuk negara ini secara haram. – Foto Ihsam PPM

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sandakan menahan empat warga asing termasuk seorang wanita cuba masuk ke negara ini secara haram di kawasan Laut Nunuyan, petang Khamis.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner (ACP) Haji Mohamad Pajeri Ali berkata, semasa botronda PSC13 Pasukan Polis Marin Sandakan yang sedang menjalankan tugas operasi ‘Op Pensura’ telah menahan dan memeriksa dua bot pam bagi memastikan peraturan keselamatan dipatuhi.

Empat warga asing cuba masuk negara ini secara haram. – Foto Ihsam PPM

Beliau berkata, semasa pemeriksaan kira-kira jam 4.30 petang itu telah berjaya menahan seorang wanita dan tiga lelaki warga Filipina di kawasan laut Pulau Nunuyan Sandakan yang didapati kesemua warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Empat warga asing cuba masuk negara ini secara haram. – Foto Ihsam PPM

“Mereka yang ditahan berumur lingkungan 16 hingga 41 tahun selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Pajeri berkata kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan siasatan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM5,600 dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Pajeri berkata, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan akan terus meningkatkan operasi di laut Sabah bagi mengekang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang terutamanya sepanjang perayaan Aidilfitri dalam usaha memerangi aktiviti-aktiviti jenayah termasuk juga jenayah alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *