Gara-Gara Takut Ibu Rampas ‘Handphone’, Kanak-Kanak Kunci Diri Dalam Kereta


Pada zaman kini, sejak dari kecil ibu bapa dilihat semakin kerap mendedahkan kanak-kanak kepada telefon bimbit, sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang akan tantrum jika tidak mendapat telefon bimbit.

Begitulah kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah menguncikan dirinya di dalam kereta Axia milik ibunya.

“Nyo buat perangai hari ni.. dia kunci pintu kreta dan taknak buka sebab nak main tepon.”

Tindakan kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai kerana dia bimbang sekiranya ibunya merampas telefon bimbit yang digunakannya untuk bermain.

Kanak-kanak tersebut dikatakan sudah pandai membuka kunci pintu kereta, namun dia sengaja tidak berbuat demikian kerana takut telefon bimbitnya diambil.

Selamber je budak ni

Pada zaman kini, sejak dari kecil ibu bapa dilihat semakin kerap mendedahkan kanak-kanak kepada telefon bimbit, sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang akan tantrum jika tidak mendapat telefon bimbit.

Begitulah kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah menguncikan dirinya di dalam kereta Axia milik ibunya.

Alahai dik! Leka main handphone

Tindakan kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai kerana dia bimbang sekiranya ibunya merampas telefon bimbit yang digunakannya untuk bermain.

Kanak-kanak tersebut dikatakan sudah pandai membuka kunci pintu kereta, namun dia sengaja tidak berbuat demikian kerana takut telefon bimbitnya diambil.

Selamber je budak ni

Disebabkan itu, ibunya terpaksa memanggil pihak bomba untuk membuka pintu berkenaan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Alahai adik, buat ibu susah hati je

Sewaktu proses membuka pintu kereta tersebut oleh pihak bomba, kanak-kanak tersebut dikatakan tidak mengambil peduli akan reaksi dan tindakan orang sekeliling, malah sibuk bermain telefon bimbit.

Sumber: Kopiah Kau Senget

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *