Dua Warga Asing Ditahan Cuba Seludup Keluar Barang Kawalan

Dua warga asing ditahan cuba seludup barang kawalan – foto ihsan PPM

LAHAD DATU – Pada jam lebih kurang 10.30 malam semalam, Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah berjaya menahan dan menangkap dua orang lelaki dipercayai warga asing apabila berjaya menahan sebuah _’pump boat_ ‘ dan telah menggagalkan cubaan menyeludup semasa menjalankan tugas Ops Gelora di kawasan laut Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, ‘Kelihatan sebuah pam bot yang mencurigakan dan telah berjaya ditahan.

foto ihsan PPM
foto ihsan PPM

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot pam tersebut menggunakan 3 unit enjin pam yang dijuragani oleh seorang lelaki warga asing berumur 40 tahun bersama seorang penumpang lelaki berumur 35 tahun juga warga asing. Pemeriksaan seterusnya di dalam ruangan bot tersebut telah menemukan tiga unit tong gas LPG jenama Petronas, enam bungkus gula jenama Prai dan 10 bungkus tepung gandum jenama Lili.

Bot yang digunakan – foto ihsan PPM

Kedua-dua lelaki tersebut didapati gagal menunjukkan dokumen kebenaran untuk membawa barangan kawalan daripada Kementerian Perdagangan salami Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP).

Selain itu, kedua-dua lelaki tersebut juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar Syarat Perintah Berkurung. Kedua-dua lelaki serta barang rampasan dibawa keep pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Selain itu, siasatan juga turut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu membawa barang kawalan tanpa sebarang dokumen daripada pihak KPDNHEP serta melanggar Syarat Perintah Berkurung. – Pasukan Polis Marin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *