KOTA KINABALU: Lebih dari 8,000 pengunjung yang dihadir dari pelbagai bangsa, kaum, agama, peringkat usia dan keturunan memeriahkan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sepanggar yang diadakan di perkarangan Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini baru-baru ini.
Kehadiran warga yang begitu ramai adalah diluar jangkaan Ahli Parlimen Sepanggar, Dato’ Aziz Bin Jamman.
Sejurus selepas majlis selesai, Dato’ Aziz Bin Jamman membuat satu Kenyataan dan Permohonan Maaf yang dibuat di Laman Facebook Rasmi Beliau.
KENYATAAN DAN PERMOHONAN MAAF DARI DATO MOHD AZIS BIN JAMMAN
Soal mercun, sebenarnya itu adalah sumbangan drpd sykt pembekal. Saya tidak bayar satu sen…mereka berbesar hati utk sumbang mercun tu bagi memeriahkan suasana hari raya.
First of all sy minta maaf kerana sy anggarkan dlm sekitar 3 atau 4 ribu org saja yag akan hadir…makanya saya sediakan 5 ribu anggaran makanan (1 ribu saya lebihkan). Antara faktor yg saya ambil kira:
1. Acara malam so saya ingat mungkin ramai yg tidak akan dtg kerana faktor ingin bersama keluarga.
2. Kedudukan di UMS tu saya takut membuatkan org tidak dtg kerana saya telah cari beberapa tempat namun tiada yg sesuai membuatkan saya terpaksa pilih UMS sebagai tempat acara. Oleh kerana kedudukan UmS yg agak tertutup drpd public akan membuatkan jumlah kehadiran tidak ramai.
3. Dari segi pengangkutan. As i said memandangkan Ums agak tertutup dan tiada bas dan pengangkutan ke sana juga saya bimbang akan membuatkan org kurang datang.
Oleh yang demikian, saya mengakui saya silap membuat anggaran almaklum saya tidak banyak pengalaman dlm membuat anggaran memandangkan ini kali pertama saya buat rumah terbuka sebelah malam. Tahun lepas saya buat sebelah pagi.
Apa pun saya telah nyatakan dlm ucapan saya..saya memohon maaf terhadap kelemahan itu dan kekurangan yg berlaku. Kalau saya tahu hampir 10 ribu org yg dtg…saya tidak ada masalah utk menyediakan makanan utk 15 ribu org jika perlu.
As i said…bukan kelemahan siapa2 tapi kelemahan saya. Petugas2 tidak salah, caterer tidak salah tapi kesalahan itu kesalahan saya dan kelemahan saya. So saya minta maaf.
Artis2 sememanjung yg menyanyi tu semua menyanyi atas faktor sumbangkan kepada saya kerana mereka kawan saya kebetulan mereka ada program di sabah.
Datuk nash, joe wings, Eddie Hamid adalah kawan saya ketika kami didalam Sukarelawan jabatan pertahanan awam…kebetulan mereka tidak dpt dtg lawat saya di hospital atas faktor kawan..mereka juga telah berbesar hati utk menyumbang suara mereka utk saya…..
Hanya artis2 sabah yang saya bayar termasuk si Edi kerana saya tahu dia org sepanggar dan bukan org senang….so saya terima setiap kritikan dgn hati terbuka. Insyallah saya akan cuba perbaik dlm tahun mendatang
YB DATO MOHD.AZIS JAMMAN
Timb.Menteri KDN Malaysia
MP P171 Sepanggar