PPM Gagalkan Cubaan Seludup 500 Liter Diesel Ke Negara Jiran

Lori membawa diesel disyaki untuk diseludup ke negara jiran. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 500 liter minyak diesel dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jeti Pasar Umum, Sandakan, Semalam.

Dalam serbuan 11 pagi, sepasukan anggota melakukan pemantauan di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai penyelewengan minyak.

Lori membawa diesel disyaki untuk diseludup ke negara jiran. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, anggotanya kemudian menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 25 bekas jerikin berisi diesel dalam ruang kargo bahagian belakang lori yang bertutup.

Lori membawa diesel disyaki untuk diseludup ke negara jiran. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

“Pemandu lelaki tempatan yang berusia 50 tahun juga gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran sah untuk membawa barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Minyak disyaki cuba diseludup ke negara jiran. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,300. Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan markas operasi PPM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.

328