Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun Di Sebuah Rumah Banglo Di Sembulan

Habibi (tengah) menunjukkan tiga lagi anggota kumpulan James yang diburu polis selepas terbabit dalam kes samun di sebuah rumah banglo di Jalan Sembulan, Jumaat lalu. – FOTO RTM SABAH

KOTA KINABALU, 18 Jun – Dua ditahan manakala tiga lagi diburu polis, bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di sebuah rumah banglo di Sembulan yang menyebabkan anggaran kerugian RM80,000 di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata penangkapan dua daripada lima lelaki itu berjaya dilakukan hasil siasatan dan risikan pikanya di kawasan Plaza 2 Lyuang di sini, pada Sabtu.

“Kami telah mengenal pasti identiti tiga lagi suspek yang terlibat dalam kes ini, dan usaha menjejaki mereka sedang giat dijalankan.

“Polis juga telah merampas sebuah kereta, sebuah telefon bimbit dan beberapa penutup muka, dipercayai digunakan suspek, semasa melakukan samun tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Habibi berkata kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing berusia 41, dan 48 tahun itu juga mempunyai rekod kesalahan penyalahgunaan dadah.

Katanya dalam kejadian pada Jumaat, sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau telah menyamun rumah tersebut bersenjatakan pisau, namun tidak mencederakan penghuninya.

— BERNAMA

914