Polis Tahan 6 Lelaki Terlibat Kes Gaduh Di Terminal Bas Tawau, 3 Lagi Diburu

Sedutan video yang tular di media sosial

TAWAU; 16 JUN 2019 (Ahad) – Polis berjaya menahan enam lelaki dan memburu tiga lagi saspek remaja yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di Terminal Bas Jalan Stephen Tan, Bandar Tawau, petang tadi.

Kesemua saspek itu ditahan susulan laporan polis dibuat pengadu pukul 6.40 pagi tadi selepas sebuah video yang merakamkan aksi pergaduhan menggunakan kayu tular di media sosial, semalam.

Sedutan video yang tular di media sosial

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter AK Umbuas dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari tindakan pengadu yang dalam keadaan mabuk telah memutuskan rantai silver milik salah seorang saspek di tandas stesen bas terbabit pada pukul 4 petang, kelmarin.

Saspek kemudian mengadu kepada abang kandungnya sebelum lelaki berkenaan membalas pukulan pengadu mengunakan sebatang kayu yang diambil di tempat kejadian apabila pengadu bertindak menumbuk abang saspek.

Empat rakan pengadu yang turut berada di tempat kejadian kemudian cuba membantu pengadu meredakan keadaan, bagaimanapun berlaku pergaduhan beramai-ramai di antara rakan pengadu dengan suspek yang lain.

ACP Peter berkata, pengadu telah menerima rawatan di Hospital Tawau dan mengalami kecederaan luka berukuran 1 sentimeter di bahagian telinga kiri.

Katanya, pihaknya kini sedang giat memburu tiga lagi suspek bagi siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi dua minit 12 saat itu berkenaan dua kumpulan lelaki bergaduh dengan saling bertumbuk antara satu sama lain menggunakan objek seperti kayu sebelum satu kumpulan terbabit beredar.

SUMBER: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *