Haziq Aziz disiasat mengikut empat kesalahan, ditahan semasa mahu berlepas ke Manila

Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Azis ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang tadi.

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang tadi dibuat mengikut empat kesalahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata empat siasatan berkenaan adalah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 292 kanun yang sama iaitu menjual dan sebagainya buku-buku dan sebagainya yang lucah yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Seksyen 377B kanun yang sama iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Katanya, sekiranya bersalah hukuman itu boleh dikenakan dengan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Haziq, 27, ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ketika berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina, pada kira-kira jam 6 petang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seorang yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam video itu dan menyifatkan sebagai satu tuduhan jahat serta kejam.

Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya. Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *