100 Mangsa Banjir Masih Ditempatkan Di PPS Membakut

Antara mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut

Beaufort: Seramai 100 mangsa banjir kini masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Membakut ekoran banjir yang melanda perkampungan mereka.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kesemua mangsa daripada keseluruhan 37 keluarga terdiri daripada 23 lelaki dan 30 wanita.

Antara mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut

Tambahnya, jumlah kanak-kanak lelaki seramai 22 orang manakala kanak-kanak perempuan seramai 25 orang.

“11 kampung dilaporkan masih terjejas banjir termasuk Lumantak, Baitam, Baitam Laut dan Baru, Bambangan, Sinoko, Kampung Baru, Kayai, Lampijas, Jambatan Baru, serta Papas.


Antara mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut

“Tiada jalan terputus banjir bagaimanapun paras air kini dicatatkan berada hampir paras bahaya iaitu 6.24 meter,” katanya.

Azmir yang juga Pengerusi Mesyuarat Penyelarasan Penugasan Bencana Daerah berkata, pemantauan sudah dibuat di perkampungan terjejas banjir dan hampir separuh daripada kawasan terbabit menunjukkan paras banjir semakin surut.

“Ini adalah perkembangan positif dan selamat serta membolehkan penduduk kampung untuk balik ke rumah masing-masing dalam masa terdekat,” katanya. – Utusan Borneo